English Translation Here
Dalam penulisan sebelum ini, saya telah menjelaskan mengenai sesi urutan batin beserta kawasan-kawasan anatomi lelaki yang boleh diurut sewaktu sesi urutan.
Saya rasa adalah lebih bagus sekiranya saya boleh membuat pengenalan ringkas terlebih dahulu mengenai anatomi lelaki. Jadi, pembaca akan menjadi lebih jelas dengan pelbagai bahagian tubuh badan lelaki dan memahami huraian yang diberikan sama ada dalam penuilisan sebelum ini ataupun yang akan datang.
Sebagai permulaan, gambarajah dibawah menunjukkan ilustrasi kawasan pelvik seorang lelaki:
Komponen-komponen utama dalam sistem pembiakan lelaki
Luaran (External)
Zakar: Zakar ialah organ utama lelaki yang digunakan untuk melakukan persetubuhan atau hubungan seks, pada kebanyakan masa, zakar seorang lelaki adalah lembik atau lembut, sebelum persetubuhan berlaku seorang lelaki menjadi terangsang secara seksual. Ini menyebabkan darah mengalir secara cepat ke dalam tisu ereksi zakar dan mengakibatkan tisu tersebut menjadi keras dan zakar menjadi tegang. Hal ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian kedua penulisan ini.
Scrotum: Berupa kantung seperti yang terbina daripada kulit dan tisu yang memegang dan melindungi buah zakar lelaki.
Dalaman (Internal)
Testikal/Testis: Organ utama lelaki yang bertindak menghasilkan sperma untuk pembiakan, testis juga menghasilkan hormon testosterone yang penting bagi menggalakkan kematangan seksual (dan ciri-ciri seksual seorang lelaki termasuk keinginan seks, meningkatkan kekuatan dan pembentukan otot dan pembentukan rambut). Testosteron juga penting untuk kesihatan, termasuklah mampu mencegah osteoporosis (tulang reput).
Epidimis: Sebuah tabung dimana sperma disimpan dan menjadi matang sebelum ia dilepaskan ke dalam “vas deference”.
Vesikel Semen: Menghasilkan sebahagian daripada cecair air mani yang menyuburkan sperma
Vas deferens: Binaan seperti salur yang dilalui oleh sperma dan air mani apabila seorang lelaki mencapai ejakulasi.
Kelenjar Prostat: Menghasilkan air mani.
Urutan batin, iaitu urutan pada bahagian kelamin seorang lelaki dipercayai dapat meningkatkan pengaliran darah di dalam kawasan kemaluan lelaki. Hal ini berkait dengan kepercayaan perubatan tradisional kaum cina, dimana peredaran darah berkait dengan kekuatan dalaman ataupun “Qi” seseorang dan peredaran darah yang lemah (Blood Stasis) dikenalpasti sebagai petanda kepada sistem dalaman yang tersumbat ataupun terdapat sesuatu yang menjadi penghalang terhadap tenaga dalaman ataupun “Qi” seseorang dan boleh menganggu fungsi sesetengah organ badan. Dari segi perubatan tradisional, urutan dalam erti kata Barat juga dipercayai boleh memperbaiki dan melancarkan peredaran darah dan meangsang sistem saraf tepi (peripheral nervous system), sekali gus mengurut ataupun dalam erti kata Urutan Batin dilihat mampu meningkatkan fungsi kemaluan seoarang lelaki, malah kesihatan secara keseluruhan sebagai contoh kemampuan testis untuk merembeskan hormon testosteron di kenalpasti membantu mengekalkan badan dalam keadaan sihat – contohya kesihatan pada tulang seperti yang disebutkan diatas.