Urutan Batin dikenali dalam istilah bahasa inggeris sebagai Manhood massage, iaitu satu bentuk urutan khas untuk kaum lelaki. Istilah bahasa inggeris tidak menggambarkan maksud asal istilah Urut Batin dalam bahasa melayu. Dalam bahasa melayu ‘massage’ bermaksud ‘urut’ manakala ‘batin’ membawa maksud ‘dalaman’ jadi secara literal urut Batin bermaksud urutan dalaman. Walaupun secara keseluruhannya, teknik mengurut hanya menggunakan urutan atau dengan kata yang lain memanipulasi pada kemaluan lelaki, menurut istilah urutan batin itu sendiri, seperti yang dijelaskan sebelum ini, teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan tenaga ataupun kekuatan dalam lelaki.
Kekuatan seksual seorang lelaki juga dikaitkan oleh banyak kebudayaan dengan istilah ‘kekuatan dalaman’ dan ketidakmampuan untuk bertindak dalam konteks seksual sering dilihat sebagai satu bentuk kelemahan fizikal yang wujud pada seorang lelaki. Dalam budaya dan perubatan masyarakat timur, masalah tenaga batin adalah berkait rapat dengan kesejahteraan hidup secara keseluruhan dan penguasaan terhadap tenaga batin ini adalah kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup seseorang. Kesan daripada pengaruh serantau dan migrasi dalaman, kepercayaan kepada tenaga batin ini memang dikenali di seluruh kebudayaan dan masyarakat timur, daripada konsep Cakra dalam kepercayaan metaafizik kaum Hindu, sehingga kepada kepercayaan orang cina mengenai Qi dan tenaga-hayat. Kedua-dua pemikiran tersebut merujuk kepada badan manusia, yang memfokuskan kepada tenaga dalaman tubuh badan.
Titik-titik Chakra – Olahan dari Gil Dekel
Terdapat kepercayaan yang sangat kuat didalam tradisi perubatan daripada timur, yang menyatakan titik-titik “tenaga” didalam badan manusia boleh dibangkitkan. Sebagai contoh daripada sistem kepercayaan masyarakat cina yang dikenali sebagai Qi Gong, iaitu penguasaaan batin terhadap tenaga hayat seseorang.
Video-video berikut memaparkan contoh ilustrasi yang jelas mengenai potensi yang boleh dimanfaatkan apabila kita mampu menguasai “tenaga dalam” atau Qi yang dikenali dalam masyarakat cina ini. Apa yang dipaparkan ialah satu bentuk penguasaan yang esktrim terhadap kekuatan dalaman seseorang. Dan saya menyarankan supaya anda tidak mencubanya dirumah. Walaupun terdapat banyak skeptis pada fenomena yang dilihat dalam 2 video ini, ianya dibuat supaya dapat memberikan tontonan yang menarik dalam menyampaikan maklumat dengan jelas. Tubuh manusia mempunyai potensi yang sangat besar lebih dari apa yang telah diteroka dan diketahui oleh manusia dan pengubatan tradisional seperti Urut batin atau manhood massge ini, memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan dalam sistem tenaga dalaman badan.
Video yang pertama dibuat pada pertengahan tahun 1980 sebagai satu dokumentari bertajuk “Ring of Fire” (Lingkaran Api Pasifik) yang dibuat berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh 2 orang pengembara Barat, adik-beradik yang mendokumentasi pengembaraan mereka di sekitar kawasan Pasifik “Ring of Fire”. Kedua-dua video menggunakan seorang lelaki di Indonesia yang dikenali sebagai John Chang, seorang pengamal kaedah perubatan tradisional berbangsa cina. Lihat pada minit 1.33-34, dimana John menunjukkan keupayaan metafizik dan memberitahu bagaimana beliau membangkitkan tenaganya supaya pengubatannya berhasil.
Video yang kedua, masih lagi John Chang yang mungkin satu dekad kemudian, memaparkan kebolehan metafizik tersebut dengan lebih lanjut, dan kali ini dengan penglibatan pakar barat yang diundang untuk menguji kebenaran kuasa beliau.
Bahagian yang paling menarik dalam video ini ialah, John menunjukkan kawasan, dimana dia membangkitkan tenaga dalamnya iaitu daripada 2 titik di bahagian bawah abdomen dan kawasan perineum (titik Oren dan Merah yang ditunjukkan dalam gambarajah diatas). Ia memang sama seperti yang terdapat pada titik cakra Swadhisthana dan Muladhara. Titik-titik ini akan diulas dengan lebih lanjut, dalam penulisan blog akan datang, ia berkait dengan kawasan yang melibatkan fungsi seksual dan seksualiti.
Urutan batin/kelakian ditemui dalam tradisi masyarakat timur. Dengan meningkatkan kekuatan dalaman seorang lelaki, teknik urutan batin bertujuan untuk menambah kekuatan dan keupayaan seorang lelaki untuk melakukan aktiviti seksual.