Pengenalan kepada Urutan Batin

Urut Batin for Male Sexual HealthUrutan Batin adalah antara bentuk urutan lelaki atau terapi yang bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan keupayaan organ seks dan kecergasan seksual orang lelaki. Ia berdasarkan kepada teknik urutan Jawa Kuno yang melibatkan urutan yang tertumpu terutamanya di bahagian bawah abdomen lelaki. Pada asasnya ia adalah bahagian bawah abdomen seperti, pangkal paha, perineum (yang merupakan kawasan di antara buah zakar lelaki dan dubur) dan prostat. Sewaktu melakukan urutan ini, teknik urutan dilakukan secara menyeluruh dan sering kali dibuat sebagai sebahagian daripada urutan badan penuh. Urutan Batin meng­­­gabungkan “refleksologi” dan teknik “acupressure” ( seperti dalam Perubatan Tradisional Cina di mana bahagian yang tertentu pada badan seseorang adalah berkaitan dengan organ-organ tertentu dalam badan dan urutan seperti ” refleksologi ” atau “titik accupressure ” ini dipercayai memberi manfaat terapeutik kepada organ-organ tertentu di dalam badan). Urutan di kawasan badan, termasuk pada tangan dan kaki dipercayai boleh memberi manfaat kepada keupayaan seorang lelaki untuk melakukan aktiviti seksual.  Tujuan utama Urutan Batin ialah untuk meningkatkan peredaran darah ke organ-organ seksual  lelaki dan dengan itu meningkatkan fungsi seksual mereka.

Kebaikan-kebaikan daripada urutan Batin:

Kawalan Ejakulasi – Urutan tersebut dipercayai mampu membuatkan seorang lelaki mendapat kawalan yang lebih pada ejakulasi mereka sewaktu melakukan hubungan seksual melalui teknik bertahan (holdback) untuk membolehkan seorang lelaki bertahan lama sewaktu aktiviti seksual dan seterusnya memperbaiki hubungan dan kepuasan bersama.

Meningkatkan Ereksi –Urutan batin sepertimana yang diketahui  boleh meningkatkan pengaliran darah ke zakar yang dapat membantu kemampuan ereksi seorang lelaki sebagaimana ereksi berlaku sebagai kesan daripada darah yang mengalir dan memenuhi tisu lembut pada zakar.

Meningkatkan Kesihatan Prostat – Urutan batin juga melibatkan urutan pada bahagian prostat, yang sememangnya dilakukan dengan tekanan yang lembut pada kelenjar prostat melalui perineum.

Membesarkan saiz zakar – Urutan Batin juga dikatatakan mampu membesarkan saiz zakar lelaki melalui urutan berkala pada bahagian zakar dan kesan urutan pada ligamen dan tisu lembut zakar dipercayai mampu memperbaiki saiz zakar jika melakukan urutan secara berkala.

Laman Web Penafian

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.