Dalam bahagian 2 penulisan blog ini, kita terus melihat hubungan antara urutan batin dan anatomi lelaki, khususnya ereksi apada zakar, mekanisma dan bagaimana urutan batin dikatakan dapat merawat proses ereksi. Untuk memulakan, kita perlu melihat kepada anatomi zakar orang lelaki seperti yang dipaparkan dibawah:
Keratan Anatomi Penis Lelaki oleh Mcstrotherma
Apabila diperhatikan selain daripada menyalurkan urin (air kencing), Urethra juga menyalurkan sperma sebagai fungsi sekunder; aspek utama pada anatomi zakar adalah 2 segmen tisu lembut dipanggil Korpus Kavernosum. Apabila seorang lelaki terangsang secara seksual, darah mengalir cepat ke Korpus Kavernosum dan meresap masuk memenuhi tisu. Semasa ereksi, otot sinusoidal akan memampatkan urat pada laluan dimana darah masuk untuk menyekat pengaliran darah bagi mengekalkan ketegangan zakar. Sebaliknya apabila zakar menjadi “lembut” proses tersebut terbalik dan darah mengalir keluar menyebabkan zakar menjadi lemah atau kendur. Biasanya ‘Disfungsi Erektil ’ (lemah tenaga batin) berlaku sama ada disebabkan oleh faktor psikologi atau fisiologi. Sebab-sebab psikologi dikatakan penyumbang kepada 70% kes-kes masalah Disfungsi Erektil (ED) dan antaranya termasuklah yang disebabkan oleh diabetes; sakit buah pinggang, penyakit vascular,multiple sclerosis dan sebagainya. Urutan Batin bertujuan untuk mengurangkan gejala Disfungsi Erektil melalui urutan yang membantu menggalakkan peredaran darah dan pengaliran darah kedelam zakar itu sendiri. Pada masa yang sama, melalui kombinasi kaedah refleksologi ke dalam teknik urutan batin, dipercayai organ yang berkaitan dengan fungsi seksual seperti buah pingang juga mampu dirawat.
Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh merujuk kepada pautan berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/Erection; http://www.auanet.org/education/erectile-dysfunction.cfm